Mr. Slim Grape
0 comments
CHAPTER 1




            Bunyi gelak ketawa kedengaran di sebuah taman bunga . Kelihatan seorang gadis dan jejaka berkejar-kejaran sambil di selitkan dengan ilai tawa . Sedang mereka berkejaran, tiba-tiba si gadis tersadung dan terjatuh . Pantas si jejaka terus mendapatkan si gadis .


            "Awak tak apa-apa ke ?" si jejaka bersuara risau. Kelihatan kesan calar dan darah pada lutut Nuriesha . Laju si jejaka mengendong gadis itu ke sebuah pondok yang terdapat di Taman Bunga tersebut.


            "Saya okey la .. darah sikit je ni." Jawab Nuriesha perlahan.


            Setibanya mereka di pondok, si jejaka melatakkan Nuriesha ke bawah. Dia melihat pada lutut Nuriesha yang berdarah itu. Entah dari mana , si jejaka mengeluarkan kapas. Dia mengesat kapas itu pada darah.


            "Aduh .." terjerit kecil Nuriesha apabila si jejaka mengesat darahnya dengan agak kasar.


            "Ahh .. maaf .. sakit sangat ke ?" terhenti sebentar kesatannya . Dia memandang Nuriesha dengan mata yang redup.


            "Emm .. tak adalah .. Cuma pedih sikit," adu Nuriesha pada si jejaka . Si jejaka hanya melemparkan senyuman manisnya kepada gadis tersebut.

             Setelah selesai membersihkan luka , mereka bertentangan mata . Lama mereka berkeadaan macam itu . Tiba-tiba mereka terasa akan gegaran seperti gempa bumi .


            "Ehh , kenapa ni ? Awak ?" Nuriesha bersuara cemas . Nuriesha memandang jejaka tersebut yang kelihatan tenang sahaja . Si jejaka tersenyum memandang si gadis .


            "Awakkk ! Kenapa awak senyum ?" pelik Nuriesha melihat si jejaka . Nuriesha terlihat sesuatu di belakang jejaka . Pucat mukanya .


            "Awak .. belakang awak ! Ada darah !" terkejut gadis tersebut . Tiba-tiba si jejaka jatuh tidak sedarkan diri . Nuriesha cemas . Kelihatan dari jauh seperti ada ombak . Nuriesha pelik , semakin lama ombak itu semakin dekat . Rupanya ….


            "Tsunami !!!" dush ..



ARGHHH !! Nuriesha bangun dari pembaringannya . 'Eh ? Kenapa aku basah ini ? Aku dekat mana ini ? Bilik aku ? Bukan aku ada dekat Taman ke tadi dengan .. ' Macam-macam soalan yang muncul dibenaknya. Cepat-cepat Nuriesha berpaling mencari si jejaka yang bersamanya tadi. 'Aku mimpi je ke ? Ala .. ingatkan betul.' keluhnya didalam hati . Tanpa disedarinya , seseorang berdiri di tepi katilnya.


             "Oit ! Ko cari apa ha , Sha ?" tersentak Nuriesha mendengar suara yang dikenalinya itu . Terus matanya dihala kearah suara itu.


             "Aik ? Sejak bila pulak kau berdiri dekat situ, Yan ? Jap, kenapa aku basah ini ?" Tanyanya kepada Yan atau nama sebenarnya Nurizyana, kakak kembarnya yang lahir 2 minit awal darinya. Nuriesha terpandang kepada baldi yang dipegang oleh Nurizyana . Dia memandang kakaknya itu dengan muka seperti harimau yang kelaparan .Nurizyana hanya tersengih memandang adik kesayangannya itu.


             "Tu lah kau , tidur mati lagi . Aku kejut kau dengan cara baik kau taknak bangun . Haa , ambik kau sebaldi air aku simbah kat kau . Best ?" Nurizyana membuat muka mengejek kepada Nuriesha.


             "Kau ni kan Yan memang nak kena dengan aku !" Nuriesha membalas geram . Dia mengetap bibirnya . Terus dia bangun dari duduknya . Dia mencampai bantal kecil yang berada di atas katilnya lalu  mengejar kakaknya yang telah melarikan diri itu .


             "Hahahaha ! Sha kau mimpi ape tadi ? Masa aku kejutkan kau .. muka kau kejap tersenyum kejap berkerut .. kejap cemas .. hahaha." usik Nurizyana pada adiknya.


             "Kau diam la Yan !" muka Nuriesha mula memerah . Sedar dia diusik kakaknya itu. Lama mereka berkejar-kejaran sehingga mengah mereka dibuatnya. Mereka duduk bersebelahan.
             "Dah lah , pergi mandi dulu Sha . Penat aku, tak payah aku susah keluar jogging hari ini . Lepas mandi tolong buatkan sarapan sekali tau , akak ada benda nak kena siapkan kejap. " arah Nurizyana .


             "Yalah .. yalah.." jawab Nuriesha malas .Dia mengambil bantal kecil yang dipegangnya sejak tadi lalu dibaling ke arah kakaknya. Pap ! Tepat terkena pada muka kakaknya. Laju Nuriesha melarikan diri kedalam biliknya.

             "Nuriesha Binti Haji Lukman !! Kurang asam punya adik !" jerit Nurizyana lantang. Dia mendengus kuat apabila dia terdengar adiknya mengekek ketawa.


SELESAI mandi, Nuriesha berpakaian santai. Dia keluar dari biliknya dan menuruni tangga menuju kearah dapur. Dia berasa sangat lapar selepas berkejaran dengan kakaknya. Dia membuat keputusan untuk menyediakan roti bakar dan kopi sahaja untuk sarapan pagi bersama Nurizyana. Bak kata orang, "Simple but nice." Lagipun kalau dia masak nasi goreng bukannya ada siapa-siapa nak makan. Almaklumlah , Nuriesha tinggal bersama kakak kembarnya sahaja . Umi dan baba mereka tinggal dikampung. Sudah diajak tinggal sekali di KL tapi Umi dan Baba tak mahu pula , katanya tinggal dekat KL tiada kawan nak diajak berborak .

             "Yan ! Sarapan dah siap !" jerit Nuriesha memanggil Nurizyana untuk bersarapan dengannya. Dia menuang air ke dalam cawan. Kelihatan Nurizyana menuruni tangga lalu duduk di meja makan.
 
            Nuriesha memandang kakaknya yang sedang mengambil roti bakar di atas pinggan. Kakaknya itu berpakai cantik dengan minyak wangi bagai. Dia ingin menanya tetapi dia diamkan sahaja . Dia tahu kakaknya pasti akan memberitahu dia juga. Nuriesha meneruskan suapan. Selesai makan, mereka mengemas meja.
 
             "Sha, kau ada plan apa-apa tak hari ni ?" tanya Nurizyana yang sedang membasuh pinggan.
 
             "Ermm , rasanya tak ada . Kenapa ?"
 
             "Macam biasa, teman aku pergi jumpa abang Fed sekejap."
 
             "Taknak la .." Nuriesha meolak. Dia memang tak ngam dengan kekasih kakaknya itu. Dia tidak berapa ngam dengan abang Fed atau nama sebenarnya Feddy Azriel kerana kekasih kakaknya itu selalu sahaja  mencari pasal dengannya.
 
             "Alaa .. bolehlah Sha , please !" rayu Nurizyana kepada adiknya. Dia tahu yang Nuriesha tidak berapa sependapat dengan Feddy. Selalu sahaja bertegkar macam budak-budak hanya disebabkan perkara remeh-temeh.
 
             "Taknaklah. Nanti bila kakak dah jumpa abang Fed , terus Sha dilupakan. Bosan tahu duduk sorang-sorang , tak ada kawan nak borak !" Nuriesha memberontak keras .
 
             "Sekejap je , akak janji. Nanti kalau Sha bosan, Sha pergilah jalan-jalan dulu." ajak Nurizyana lagi. Kali ini dia membuat muka comel. Dia tahu Nuriesha lemah bila nampak benda comel.

             "Yelah , yelah ! Tolonglah , jangan buat muka macam tu . Kalau comel tak apa juga ni macam muka beruk kehilangan anak je !" perli Nuriesha.
 
             "Macam beruk ke ? Kalau camtu muka Sha pun macam beruk jugalah ! Kitakan kembar !" perli Nurizyana balik . 
 
             "Apa-apalah , Yan ! Aku nak pergi bersiap dulu ," ujar Nuriesha.
 
             "Okey , aku tunggu dalam kereta . Cepat sikit tau nanti abang Fed kau tertunggu-tunggu pula kedatangan akak !" pesan Nurizyana kepada Nuriesha . Sempat lagi Nurizyana membuat lawak disiang hari .