Mr. Slim Grape
CHAPTER 2
NURIESHA mula bosan menemani kakaknya seperti tunggul kayu .
Tiada apa-apa yang boleh dia lakukan. Sekali-sekala dia menyampuk perbualan
Nurizyana dan kekasihnya . Dia malas nak bersuara banyak , mesti akan ada
perang mulut dengan kekasih kakaknya itu . Lebih baik dia mendiamkan diri
sahaja . Nuriesha memandang sekeliling kedai makan tempat yang selalu dijadikan
tempat pertemuan Nurizyana dengan kekasihnya itu. Dia mengeluh .
“Kak , Sha
nak pergi jalan-jalan jap ek ?” Nuriesha bangun dari duduknya.
“Ha ? Sha nak pergi mana pula ?” tanya Nurizyana.
“Saja nak jalan-jalan
, taknak la ganggu kau orang pula.”
“Eleh ! Cakap
jelah kau jealous !” perli Feddy.
“Kau diamlah !” marah Nuriesha.
“Mengaku
sahajalah,” ujar Feddy.
“Dah , dah.
Kau orang ni pantang , jumpa sahaja mesti gaduh. Tak boleh ke kau orang berbaik
?” tanya Nurizyana kepada Nuriesha dan Feddy. Dia pun pelik , kenapa adiknya
dan Feddy selalu sangat bergaduh.
“Apa-apa jelah !” lantas Nuriesha bangun
dari duduknya .
“Nanti akak
dah nak balik , call Sha tau.” pesan Sha sebelum dia mula melangkah keluar dari
kedai tersebut.
“GERAMNYA ! Kenapalah aku yang kena ikut kakak jumpa dengan
mamat bengong tu ?” Nuriesha melepaskan geram sebaik sahaja keluar daripada
kedai makan tersebut. Terkumat-kamit dia
melepaskan geram. ‘Lepas ini , jangan harap aku nak teman kakak lagi !’
getusnya di dalam hati. Tiba-tiba , dushh !
“Oii ! Kau
letak mata dekat mana haa ?! Tak nampak ke aku tengah jalan ini haa ? Lain kali
, mata tu jangan letak kat lutut !” sembur Nuriesha kepada lelaki yang
melanggarnya itu.
“Wei, makcik
! Siapa langgar siapa ? Kau yang jalan tak pandang depan pastu nak marah aku
pula !” balas lelaki itu balik.
“Huh ! Kau
jangan nak salahkan aku lah ! Kalau betul aku jalan tak pandang depan sekalipun
, apahal kau tak cuba elak aku !” balas Nuriesha tak nak mengalah.
Sebenarnya ,
dia tahu itu salah dia. Memang dia yang tak pandang depan semasa berjalan tadi
. Dia hendak minta maaf kepada lelaki itu tetapi dia ‘ter’sembur pula lelaki
itu . Semuanya disebabkan marah dia kepada Feddy Azriel , dia ‘ter’marah pula
dekat mamat ini . Adoilah hai !
“Kau ni !
Memang nak kena dengan aku ek ? Kau yang langgar aku sampaikan air aku tertumpah
pada baju aku !” tengking lelaki itu.
Nuriesha
terdiam , dia tidak perasan pula kesan tumpahan pada baju lelaki itu . Memang
lelaki itu ada tertumpahkan airnya tetapi
tidak disangkakan pula air yang lelaki itu pegang tumpah dan terkena pada baju lelaki itu.
“Apahal kau
diam ? Dah tahu ini salah kau ?” suara lelaki itu mula dikendurkan lagi-lagi
dia perasan orang ramai sedang melihat pertelingkahan mereka.
“Dahlah ,
malas aku layan lelaki macam kau ni ! Baiklah aku chow dulu,” ujar Nuriesha.
Dia malu dan
ego nak mengaku kesalahannya . Lagipun , ini bukanlah kesalahan dia seratus
peratus. Yalah , takkan lelaki itu tidak boleh mengelak dia masa itu ?
“Oii ! Aku
tak habis cak ..” belum sempat dia menghabiskan ayatnya . Dia dipeluk seseorang
dari belakangnya.
“You ! You
nak pergi mana ni ? Eh , kenapa kotor baju you ni ?” tanya gadis yang memeluk
lelaki itu dengan suara yang sengaja dimanjakan.
Nuriesha
yang memandang , terasa seperti hendak termuntah melihat perempuan itu.
Cepat-cepat dia berlalu lagi-lagi bila dia perasan jelingan dari perempuan tak
cukup kain itu. ‘Eleh , ingat aku nak ngorat boyfriend dia la tu. Memang sesuai
betullah mamat ini dengan minah tak cukup kain itu.’ Nuriesha melangkah pergi.
‘ADUH, macam mana ini ? Aku penat-penat larikan diri
daripada minah gedik ini . Alih-alih dia dapat kejar aku. Semua minah yang
langgar aku itu punya pasal ! Kalau tak memang aku dah dapat larikan diri dah
tadi ! Kenapalah minah ini nak langgar aku masa ini juga ? ‘ keluh hati Tengku
Azeerul . ‘ Tetapi salah aku juga, aku tak perasan minah tu masa cuba nak
larikan diri daripada Syaznie dan akhirnya aku terlanggar dia.’ bisik hatinya
lagi. Dia hanya memandang gadis yang dilanggarnya pergi.
“You !”
jerit Tengku Syaznie apabila dirinya tidak dihiraukan Tengku Azeerul . Dia
perasan akan lirikan mata Tengku Azeerul yang asyik memandang ke arah gadis
yang telah berlalu pergi itu.
Jeritan
Tengku Syaznie membuatkan Tengku Azeerul tersentak. Cepat-cepat dia menolak
tangan Tengku Syaznie yang masih kejap memeluknya.
“Lepaslah !
Kau ini menyibuk betullah ! Dahlah pakai baju tak pernah tak cukup kain ! Apa
miskin sangat ke kau ? Nama je Tengku !” sindir Tengku Azeerul .
Dia
memang langsung tak berkenan dengan
perempuan pilihan mamanya ini. ‘Entah macam mana perempuan ini boleh tahu aku
ada dekat sini,’ getus Tengku Azeerul didalam hati.
“You , jom
teman I pergi shopping ?” ajak Tengku Syaznie.
“Pergi
shopping ? Kau pergi seorang sahajalah ! Aku nak balik !” laju Tengku Azeerul
meninggalkan Tengku Syaznie terpinga-pinga sendirian.
BERSAMBUNG ..